Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2018

Cara Semak Harga Pasaran Rumah

 

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2018

Ada pelbagai cara semak harga pasaran rumah yang boleh anda lakukan. Setiap cara ada kelebihan masing-masing dan boleh buat ikut kesesuaian.

Semak harga pasaran rumah atau market value semasa bergantung pada tujuan anda. Ada yang semak market value untuk jual rumah, ada nak refinance, pembahagian harta pusaka, hibah dan macam-macam lagi.

Bagi anda yang nak jual rumah, semak harga pasaran semasa adalah sangat penting. Ini akan membantu bagi anda mendapatkan harga jualan yang optimum dengan tempoh penjualan yang cepat.

Di bawah adalah panduan cara semak harga rumah.

1. Tanya Kejiranan

Kembali kepada asas hidup berjiran. Pertama kena rapat dengan kejiranan setempat. Boleh dikatakan setiap kejiranan ada group WhatsApp sendiri. So pastikan dah join group-group kejiranan anda.

Daripada jiran-jiran, anda boleh dapatkan info terkini seperti harga rumah yang baru dijual, harga sewa semasa dan pasti juga ada jiran-jiran yang baru selesai buat refinance rumah.

Bagi rumah yang telah dijual, harga jualan tersebut boleh dijadikan rujukan utama bagi mendapatkan harga pasaran semasa.

Bagi kes yang buat refinance, setiap bank akan dapatkan harga pasaran terkini bagi sesebuah rumah daripada valuer. Bagi kes ini, market value yang diberikan oleh valuer boleh diambil 100%.

Bagi yang tak de jiran tu boleh cuba cara seterusnya.

 

2. Harga Iklan Rumah Untuk Dijual

Seterusnya anda boleh mencari maklumat bagi iklan rumah untuk dijual di kawasan rumah anda. Boleh pusing-pusing kawasan rumah. Kalau ada no telefon depan rumah, boleh cuba hubungi untuk dapatkan harga jualan.

Selain tu boleh dapatkan maklumat secara online seperti di mudah.my, propertyguru, iproperty, facebook dan lain-lain.

Secara umumnya, harga iklan adalah lebih tinggi dari harga pasaran semasa. Harga iklan lebih tinggi kerana nanti ada ruang untuk proses rindungan harga.

 

3. Rumah Lelong

Harga rumah lelong atau reserved price adalah harga di bawah harga pasaran. Oleh itu, harga pasaran semasa adalah lebih tinggi daripada reserved price rumah lelong.

Reserved price ya, bukan harga yang bidder menang.

4. Tanya Bank Berdekatan

Yup. Boleh pergi ke cawangan bank yang berdekatan dengan rumah. Pastikan anda membawa info-info yang diperlukan seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah & bangunan, detail renovation dan gambar.

 

5. Lantik Penilai Berdaftar

Sekiranya anda perlukan valuation report, anda perlu lantik valuer atau penilai berdaftar. Kebanyakan kes yang perlukan valuation report seperti pembahagian harta sepencarian bagi kes penceraian, hibah, harta pusaka dan lain-lain.

6. Ejen Hartanah Setempat

Ejen hartanah setempat adalah orang yang patut anda rujuk sekiranya berminat nak jual rumah. Saluran untuk semak harga pasaran rumah yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak.

Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.

Ini bermakna, urusan anda dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Tidak perlu berhubung dengan banyak pihak. Serahkan sahaja kepada ejen hartanah.

Ejen hartanah yang berpengalaman pasti dah menjual banyak unit di satu-satu kawasan. Oleh itu ejen hartanah lebih mengetahui harga pasaran semasa. Pastinya ejen hartanah tersebut dapat memberi jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan. Jom Semak Harga Pasaran Rumah anda.

Leave a Comment

CommentLuv badge