Tips beli rumah pada usia muda

Tips beli rumah pada usia muda

 

Ilmu memang sangat penting untuk kita. Kalau takda ilmu memang kita akan sentiasa langgar dinding je la. Pada korang yang baru start keje dan teringin nak beli rumah tu Abam Nas nak share kat korang tips beli rumah pada usia muda supaya terbuka sikit minda korang.

1. Mulakan dengan membina karektor suka menyimpan.

Sekurang-kurangnya perlu ada simpanan 15% daripada harga rumah yang hendak dibeli. 90% lagi guna pembiayaan perumahan. 10% untuk deposit rumah dan 5% untuk perjanjian jual beli dan kos sampingan yang lain.

 

2. Jangan ambil pembiayaan peribadi untuk buat deposit rumah.

Kau akan dilabelkan sebagai individu yang berisiko oleh pihak bank nanti. Mungkin akan dapat MOF 85% ataupun kadar keuntungan bank yang tinggi.

 

3. Jangan beli kereta mahal.

Yang lelaki bujang naik motosikal pun takpe. Yang perempuan boleh beli kereta dengan ansuran bulanan yang rendah, kereta second hand pun takpe. Jika ansuran bulanan kereta kau tinggi, kau tak mampu nak menyimpan dan beli rumah yang rendah nilainya.

 

4. Jauhi hutang yang tidak perlu.

Kad kredit bagus jika kau pandai guna. Kalau korang boleh control takpe. Kalau tak tahan nasfu jangan mengada nak guna kad kredit.

 

5. Bina laporan CCRIS untuk enam bulan pertama dengan buat ASB Financing ataupun kad kredit.

Pastikan CCRIS cantik menarik.

 

6. Belajar ilmu hartanah supaya korang tidak mudah tertipu dan kerugian beribu ringgit.

Jangan malas nak membaca. Jika malas, kau selamanya akan berada di takuk yang lama. Orang lain sudah lama melangkah. Kau masih di tempat yang sama.

 

7. Berkawan dengan orang yang sama minat dengan kau.

Follow FB orang yang selalu sharing ilmu percuma. Ada duit lebih beli buku hartanah, ebook dan pergi seminar.

 

Beli rumah buruk, kecil takpe. Kemudian cantikkan la dengan mengecat supaya berseri-seri. Biar pun kau tidak nampak kaya kerana pakai motosikal je pergi kerja, tidak mengapa. Asalkan kau dah ada aset hartanah. Jangan hari-hari update gambar makan dekat kedai mahal, tapi hutang keliling pinggang. Naik kereta import mewah tapi dah dua bulan tertunggak bayaran.

1 thought on “Tips beli rumah pada usia muda

Leave a Reply to Muhammad Afif Cancel reply

CommentLuv badge